nak luas rezeki ?! jom amal :)

assalamualaikum suma ! : D

esok dah isnin laaa..... tidak ! tidak ! tidak ! (tolong buat emo macam rosyam nor slalu wat dlm tivi)......... bila esok jak isnin memanggg macam-macam la perangai datang malamnya tu kan ! sana la baru sibuk-sibuk tanya kerja , tugasan , presentation , segalaaaaa ....... boo boo sepa suruh cuti x hingattt dunia kan ! bhahahaaa ella malas layan perangai macam tue tu..........  


memandang dan terpandangkan esok mulanya hari pertama untuk minggu depan kan , apa kata kita amalkan sesuatu yang jarang-jarang kita nak buat ni ! mungkin ada yang memang amalkan setiap hari , alhamdulillah teruskan yerrr............ bagi yang on off on off buat lepas tu black out , x paaa , masi ada kesempatan untuk buat kan..... mungkin ada yang selama ni dengar nama saja , tapi tak taw pun apa tu dan macam mana nak buat ??? acane acane ?! dengar betul-betul pesanan penaja ni............ *duduk sopan*


entry kali ni berkenaan dengan SOLAT DHUHA ! : )


solat DHUHA nie biasanya dilakukan tym matahari sedang naik guna lift
(anggaran masa 8.00 pagi-11.00 pagi)

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa


eh cop cop kejapppppp ! sepa perasan lagu blog ella ? yaaaa betul betul ! tu DOA WAKTU DHUHA ! panjanggg dan susah nak hafal eh ??? dun wori , jom kita nyanyi sama-sama berulang-ulang kali.... insyALLAH melekattt di otak.....siap termimpi-mimpi lagi blog ella ni ! eh pa kaitan dengan blog ?! praapp ! 





kecikk eh ? x nampak ? nahhh , ni yang besarrr..... *lihat bawah*


Doa Waktu Dhuha / Doa Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، والْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، والْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ في الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.


Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan, kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha ???

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).


” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”
 (HR Ahmad, Muslim dan Daud)


Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


tu baru sikit jerr yang ella dapat kongsi dengan korang..... nak taw lebih lanjut lagi , korang bole lahh cari dan beli buku ni !  koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher.



JOM ! apa tunggu lagi ??? pilihan di tangan anda ! *cewah, mcm tag line celcom dahhh*  : D




eh ?? napa tiba-tiba latar gambar serammm !! kuburan ??? lalalalaaaa korang fikir dan renungkan la sendiri maksud tersirat erk... : D 

                                                                    
                                    ok bye ! heheeee.....

2 comments:

  1. banyak kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha . Moga kita semua diantaranya :)

    ReplyDelete

copyright by ella suheyla