assalamualaikum suma.
lama dah tak menaip kat blog nie kan. sekarang nie kalau terlebih rajin, barula aku nak menaip. tapi kalau malas, memang tak lah sentuh kan. Pandang laptop apatah lagi. huh. eh, saya guna aku boleh ? boleh la yee. macam formal sangat bersaya-saya dalam blog sendiri. :p
entry kali nie aku buat khas untuk korang yang ingin melancong ke INDONESIA. aku taw, mesti ada yang plan nak bawa keluarga ataupun jalan-jalan dengan kengkawan kan ? jadi boleh lah rujuk kat sini. setiap tempat aku pergi, aku selitkan sekali harga dan cara untuk ke tempat tu ye.
3 minggu sebelum ke Indonesia aku dan keluarga tetiba sahajaaaa melancong ke Kuala Lumpur. lama juga kat sana lebih kurang seminggu la. nie lansung tak rancang pun. takda masuk list aktiviti hujung tahun. beli tiket kapal pun beberapa hari sebelum terbang. pfffttt... eh dah la. kalau aku rajin , ada la tu aku cerita kat sini. mungkin bulan depan. tak pun tahun depan kot.. hihi.
sebenarnya tiket ke Indonesia nie bapa aku dah beli awal lagi. Beli bulan februari tapi terbangnya bulan disember gitue. jadi dalam tempoh beberapa bulan nie, kami sudah siap-siap search dan google apa-apa yang patut. oh ye, kami ke sana tak guna agen taw. semuanya cari sendiri dan jalan sendiri. jangan risau sangatla, walaupun indonesia nie besar lagi dari malaysia tapi masih boleh faham bahasanya. tak kan sesat punyaa laa.... pergi Thailand pun aku tak sesat, nie kan lagi bahasa boleh faham. gittew... amboi, hover ko kan ella ! hahaha. memangla ak tak sesat, masa tue aku baru 12 tahun, semua family yang atur. aku taw jalan je...
aku kat sana 8 hari. tapi dalam entry nie, aku cerita dari hari 1 dulu lah ye. sebelum ke sana, masing-masing ada tugas. bapa aku bahagian booking-booking hotel, mama aku sedia barang keperluan dan ubat-ubatan dan aku ?? aku sedia nak terbang.. hahaha. amboi, gud-gud sangatla la anak gitue tu kan. sebenarnya aku dah lamaaaaa sedia list barang-barang sebab aku mau shoppinggg.. tunggu sampai je lagi. tapi diam-diam dulu, sampai sana barula aku buat muka kesian dengan parents kan. yesss, tektik berjaya akhirnya ! hahahaha.
ok la. dah dah cukup. jom, aku cerita pula pengalaman masa kat sana. flight aku sebelah petang, jam 6 kot. lupa dah aku... tapi sampai kat epot jakarta dah malam. penerbangan tak la lama sangat pun tapi masak juga la.. dalam 3 jam gitue. sampai-sampai je, aku tengok jam kalau waktu Indon jam 11 la. tapi waktu malaysia dah jam 12 malam waktu tu. indonesia nie lambat sejam dari kita. tak la jauh beza sangat pun kan.
gambar nie aku dah up kat instagram. ye la, instagram klik terus masuk gambar. sana lagi mudah kot nak kongsi dengan cepat kan. makanan harus la ada dalam kapal. oh ya air jangan bawa erk. kalau setakat penerbangan domestik bole la. tapi penerbangan international, imigresen sangat ketat !! asal cecair la, konfem tak bole. air basuh contex lens aku pun dorang tahan hoi. wuwuwuwu.
tiket kalau beli awal dapatla sekitar RM2+++.00 untuk 5 orang pergi balik dah masuk tax dan kargo. tapi korang sedia jak la RM3000. itupun kalau beli awal. beli lambat ? haha tu nanti aku cerita masa hari ke-8. tapi sayangnya cuma 4 orang jak pergi. adik kedua aku tinggal sebab upsi tak beri lepas walaupun tiket dah beli. burn la jawabnya. sebelum jalan, kol adik aku yang tinggal tu. perasaan ? konfem la sebak. adik aku dah esak-esak nangis. mak aku pun sebak juga tapi aku taw mak aku sedang tahan-tahan air mata. aku ? pura-pura bersin lepastu ambik tisu dan lap hingus kononnya. lepastu bersin lagi, tapi kali nie lap mata pula. amacam ? tak macam nangis kan. sedih taw bila kita rancang melancong sama-sama tetiba ada yang tak dapat ikut. tapi perjalanan tetap diteruskan.......lalala
tadaaa... nie la rupa SUEKARNO-HATTA airpot jakarta. masa nie beberapa hari lagi x-mas kan, tu yang hiasan sepanjang kat sana penuh dengan pokok-pokok x-mas. sejujurnya, airport air asia kat jakarta lagi besar dari kuala lumpur. huhu.
memandangkan sampai dah malam. jadi kami pun cari teksi dan terus ke hotel. hotel memang dah booking dari malaysia ya. engko tak booking, gerenti tak dapat hotel. masa nie musim sekolah, ramai pelancong woooo... aku syorkan, korang terus ke kaunter 3 dan bagitaw nak teksi. jangan ambil teksi sembarang taw, sebab dorang taw korang melancong, tu la masanya dorang naikkan harga 2 kali ganda.
nampak kan ? di luar airpot nie banyak je sebenarnya teksi. ada 9 buah syarikat teksi. tapi jangan pilih suka hati taw. aku syorkan korang ambik teksi biru bernama 'BLUE BIRD' ataupun 'PUSAKA'. dua jenis teksi nie dari syarikat yang sama. dan yang penting, teksi nie guna meter. jadi tak dapat la dorang nak letak harga sembarang je. teksi yang lain tak guna meter, jadi jangan naik !!
amboi , abang kaunter pun nak masuk blog i kerrr.... haha. nie la rupa lobby hotel tempat family aku stay. begini kisahnya. kan aku dah cakap bapa aku booking dari malaysia. nama hotel tu CEMARA. tapi bila sampai sana, nak check-in tiba-tiba kena cakap penuh. tapi pihak hotel mengaku la kecuaian dorang kan. dengan muka bersalah, dorang pun berusaha carikan kami hotel malam tu juga. coi sangatttt, dah la penat duduk kapal kan. ingat kan dah check-in hotel dapat la tido awal. nie kena tunggu lagi. dalam jam 1 pagi baru masuk hotel. kat malaysia masa tu jam 2 pagi. sabaaaaa jer la.
hotel yang dorang beri nie bole tahan juga. cantik taw. nama hotel ni DREAMTEL HOTEL. kan aku sampai 19/12. kebetulan hotel ni baru mula buka 1 disember. maknanya baru 18 hari usia hotel nie. terus la kepenatan hilang sebab dapat hotel baru dan cantik. harga semalam dalam RM 350 la cincai. harga ikut saiz bilik ye. nie kira family room. 1 katil double dan 1 single. termasuk breakfast sekali. sebenarnya lebih je pun. tapi tak kisah la sebab terletak di tengah bandar dan dekat dengan tempat shoping. tu yang penting... hihi.
Queen bed. :)
single bed.
rancangan tv pun bole tahan banyak. sesuai la dengan harga hotel kan. design dalam bilik ni pun semua moden style. cantik la......
semua ada termasuk peti ais kat bawah.
tandas pun cantik. tak rugi stay kat hotel ni.
haaaaa, ni yang penting !!! BATH TUB. tempat tuan puteri ni berendam gittew.
ok lah, hari ke-2 sampai ke-8 nanti-nanti lah aku cerita. kalau aku rajin menaip, ada la tu nanti. bye.